SOP longgar pergerakan diumum selepas Aidiladha

KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) mengenai kelonggaran pergerakan kepada individu melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 dan perniagaan selepas sambutan Aidiladha. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan sedang membincangkan secara terperinci mengenai SOP kebebasan pergerakan terbabit. “Kita akan beri kelonggaran (individu lengkap dua dos), jawatankuasa teknikal sedang mengkaji secara terperinci siapa boleh bebas gerak dan sektor perniagaan mana dilonggarkan. “Insya-Allah, perkara ini akan diumumkan selepas raya (Aidiladha),” katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Mindef (Kementerian Pertahanan) Prihatin, di Wisma Pertahanan, hari ini. Kelmarin, media… Read More