Majlis Daerah Manjung, PBT terbaik perolehi gred tertinggi SPB-PBT

Majlis Daerah Manjong (MDM), Perak yang ditubuhkan pada tahun 1980 telah memperolehi gred tertinggi Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa (SPB-PBT) yang diumumkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin. MDM telah dinaiktarafkan kepada Majlis Perbandaran Manjung (MPM) pada 10 November 2001 menduduki senarai teratas 10 PBT seluruh Malaysia yang diumumkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan semalam (6 November 2020). SPB-PBT adalah berdasarkan keputusan Mesyuarat MNKT ke-59 pada 2 Oktober 2007 supaya diwujudkan Sistem Star Rating Pihak Berkuasa Tempatan (SSR-PBT) dan Pekeliling KSU KPKT Bil. 1 Tahun 2008. Lanjutan daripada keputusan… Read More

Sistem Penarafan Bintang PBT: Lima PBT dari Terengganu berada dalam senarai terbaik

Lima daripada tujuh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Terengganu tersenarai dalam dua kategori Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) yang dinilai oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Majlis Daerah Hulu Terengganu, Majlis Daerah Besut, Majlis Daerah Setiu dan Majlis Perbandaran Dungun dicatatkan dalam senarai 10 PBT yang mendapat markah signifikan dalam SPB-PBT. Majlis Perbandaran Dungun juga turut berada dalam senarai 10 PBT seluruh Malaysia yang mendapat markah tertinggi bagi Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan ini bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Info PBT: Majlis Perbandaran Dungun catat markah tertinggi Sistem Penarafan Bintang PBT

Majlis Perbandaran Dungun tersenarai antara 10 PBT yang mendapat markah tertinggi bagi Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Majlis Perbandaran Dungun (MPD) telah ditubuhkan pada 1 Januari 1981 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) melalui Warta Kerajaan Negeri Terengganu No. 860 bertarikh 18 Disember 1980. MPD merupakan antara daripada tujuh (7) buah Pihak Berkuasa Tempatan yang terdapat di Negeri Terengganu Darul Iman. MPD wujud dengan penggabungan Jemaah Bandaran Dungun dan Majlis Mesyuarat Tempatan Paka. Awal penubuhan, keluasan asal MPD adalah 72.59 kilometer persegi. Pada… Read More