Speaker Dewan Rakyat, Dewan Negara dipanggil menghadap di Istana Negara

ETALING JAYA: Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun dan Presiden Dewan Negara Rais Yatim telah dipanggil menghadapi Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara, Selasa ini. Perkara itu disahkan kepada FMT oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadli Shamsuddin dalam satu pesanan ringkas, tanpa memberikan butiran lanjut. Ini susulan oleh TheVibes bahawa Azhar dan Rais akan menghadap Yang di-Pertuan Agong pada jam 11 pagi Selasa, dengan sumber dipetik berkata mereka telah menerima jemputan semalam. Menurut sumber itu, Agong dipercayai akan berbincang dengan mereka berhubung persidangan semula… Read More

Speaker: PM berkuasa tetap tarikh parlimen dengan perkenan Agong

“Perdana Menteri berkuasa menetapkan tarikh sidang parlimen dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong.null “Beliau berhak memanggil sidang mengikut perlembagaan, malah beliau telah menyatakan secara rasional berkenaan kewajaran tempoh tersebut. “Antaranya kerana angka Covid-19 dan sebagainya, jadi bagi pihak parlimen, kita menunggu tarikh persidangan ditetapkan nanti,” katanya dipetik Utusan Malaysia. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara semalam, Agong menzahirkan pandangan bahawa persidangan parlimen perlu diadakan secepat mungkin Bagaimanapun, menurut Perlembagaan Persekutuan, perdana menteri harus menasihati baginda mengenai tarikh parlimen akan kembali bersidang. Perintah Tetap Dewan Rakyat juga menyatakan bahawa perdana menteri perlu memutuskan sekurang-kurangnya… Read More

Azalina pertahan pelantikan sebagai timbalan speaker

PETALING JAYA: Azalina Othman Said mempertahankan pelantikannya sebagai timbalan speaker Dewan Rakyat, susulan saman pemula yang difailkan Dr Mahathir Mohamad dan 4 ahli Parlimen lain. Beliau yang juga seorang peguam berkata, Perkara 63 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan kesahan prosiding di Parlimen atau jawatankuasanya tidak boleh dipersoalkan di mana-mana mahkamah. Ahli Parlimen Pengerang itu memberi contoh keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes bekas speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar dan R Ganesan yang Dewan mempunyai kuasa memilih atau memecat speaker serta isu siapa dilantik secara sah sebagai speaker terletak di luar bidang kuasa… Read More

Keputusan mesyuarat Parlimen tak boleh dicabar mahkamah

KUALA LUMPUR: Keputusan mesyuarat atau persidangan yang diputuskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara tidak boleh dipertikaikan di mahkamah mengikut Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan, kata seorang pakar undang-undang. Bagaimanapun, ada peruntukan di bawah perkara itu yang menyebut bahawa kalau ucapan dalam Parlimen mengandungi unsur hasutan, Ahli Parlimen boleh dituduh di bawah Akta Hasutan (1948). “Itu saja pengecualian di mana mahkamah boleh campur tangan (dalam hal berkaitan Parlimen),” kata Pensyarah Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood ketika dihubungi BH hari ini. Sehubungan itu, katanya, bagi urusan… Read More