Keputusan Rasmi PRN Sabah Ke-16

Berikut adalah keputusan penuh yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia;

GRS Menang PRN Sabah

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah telah memenangi pilihan raya negeri Sabah setelah memenangi 37 kerusi berbanding Warisan Plus yang mendapat 26 kerusi dan bebas memenangi dua kerusi. Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh dalam sidang media jam 12:00 tengah malam tadi telah mengumumkan keputusan bagi 65 kerusi daripada 73 kerusi dun keseluruhan. Pengumuman rasmi SPR tersebut telah mengesahkan bahawa GRS adalah parti yang memenangi PRN Sabah ke-16.

Berita Ringkas | PRN Sabah: Undi Awal, 76 peratus keluar mengundi

Statistik Keluar Mengundi Awal Bagi Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Sabah ke-16 pada jam 5.00 petang yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya adalah 76 peratus daripada 16,877 pengundi awal berdaftar. Sumber: SPR

PRN Sabah: Pengundian Undi Awal Hari Ini

22 September, PRN Sabah: Hari ini berlangsung proses mengundi melibatkan 16, 877 orang pengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri Sabah. Ironiknya isu serangan militan di Tanduo beberapa tahun lalu telah dimainkan oleh calon Warisan, bekas Menteri Pelancongan Mohamadin Ketapi dianggap menghina pengorbanan pasukan keselamatan dijangka mempengaruhi pengundi-pengundi awal khususnya pasukan keselamatan (ATM & PDRM).