Politik |PRN Sabah: UPKO tanding 12 kerusi, kemuka 10 muka baru

UPKO yang menjadi sekutu kuat kepada Parti Warisan Sabah bakal bertanding di 12 kerusi dun. Parti ini juga antara empat parti yang membentuk gabungan Warisan PLUS selain Warisan, DAP dan Amanah. Calon UPKO diketuai oleh Presiden UPKO, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N15 Kiulu. Diikuti dengan Naib-naib Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick kekal bertanding (N11 Kadamaian) dan Datuk Dr Lucas Umbul (N43 Kemabong). Turut dicalonkan adalah Setiausaha Agung Nelson W. Angang (N 33 Kuala Penyu); Bendahari Agung Datuk Dr Laurentius Nayan Ambu (N 39… Read More
Rencana |DAP setuju guna logo Warisan, petanda PH hilang populariti

Keputusan DAP untuk menggunakan logo Warisan pada PRN Sabah nanti seakan membenarkan dapatan kajiselidik Merdeka Center terkini yang menunjukkan peratusan populariti PH telah merundum ke paras 25 peratus berbanding semasa memenangi PRU-14 lepas dengan 64 peratus. Secara langsung ini juga membuktikan PH turut mengalami kemerosotan populariti di Sabah walaupun mereka adalah sekutu Warisan dan komponen parti pemerintah negeri. DAP semasa PRU-14 pun bertanding dengan bendera sendiri di Sabah. Mereka akan mempertahankan kemenangan enam dun yang dimenangi lepas. Sebagaimana PKR, tiada tambahan kerusi diberikan oleh Warisan buat DAP. Lebih malang buat rakan komponen… Read More
Berita Ringkas |Mahkamah Rayuan Tolak Rayuan Musa Aman

8 September, PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan petang ini telah menolak rayuan Musa Aman dan 32 Adun bagi mencabar keputusan pembubaran DUN Sabah oleh TYT Dipertua Negeru Sabah. Keputusan ini sekaligus gagal menghalang Pilihanraya Negeri Sabah daripada dilangsungkan.