Permohonan Najib ditolak berkaitan dokumen 1MDB babitkan Zeti Aziz

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak bagi mendapatkan dokumen 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berhubung pembabitan anggota keluarga bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

SPRM tahan pengerusi bergelar Datuk disyaki terima rasuah bernilai RM16 juta

GEORGE TOWN, 11 Julai — Seorang pengerusi lembaga pengarah sebuah syarikat koperasi hartanah yang bergelar Datuk, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana disyaki terbabit menerima rasuah berjumlah lebih RM16 juta. Sumber SPRM memberitahu, suspek didakwa menerima sogokan tersebut daripada seorang pengarah syarikat pemaju bergelar Tan Sri, melalui syarikatnya sebagai balasan melantik syarikat pemaju tersebut untuk projek usahasama yang dijalankan di tanah-tanah milik koperasi bagi tujuan pembangunan. Katanya, suspek berdepan dengan lebih 160 pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA 2001) dan Akta… Read More

Projek RM135 juta: Lagi pegawai perolehan ditahan SPRM

Kuala Lumpur: Seorang pegawai di bahagian perolehan sebuah kementerian ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai menerima rasuah berjumlah RM150,000 daripada kontraktor bagi mendapatkan projek bernilai RM2.6 juta. Menurut sumber, kes itu adalah susulan siasatan yang dilakukan terhadap Penolong Setiausaha Bahagian kementerian itu dan pemilik serta pengurus syarikat yang ditahan sejak 21 Jun lalu. “Hasil siasatan berjaya membongkar kegiatan sindiket ini yang dipercayai sudah membolot 22 projek berjumlah RM135 juta di kementerian berkenaan sejak 2017 hingga kini. Ini termasuk projek berkaitan penahanan suspek pada hari ini. “Sindiket ini juga dipercayai mengupah… Read More

Dibebas SPRM, polis pula tahan

Tawau: Tiga individu termasuk ketua sindiket judi haram dalam talian yang sebelum ini ditahan reman bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu rasuah dibebaskan, pagi ini. Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan perkara itu namun enggan mengulas lanjut. Menurutnya, ketiga-tiga suspek termasuk dua wanita masing-masing berusia antara 23 dan 57 tahun dibebaskan dengan jaminan SPRM, pada 10.30 pagi tadi. Katanya, semua suspek diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Terdahulu, ketiga-tiga suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula Isnin lalu disiasat mengikut Seksyen 16(b)(B) Akta SPRM 2009… Read More