Euro 2020: England lakar kemenangan bergaya tewaskan Jerman

30 Jun 2021, LONDON: England melakar sejarah manis apabila berjaya menewaskan Jerman di Stadium Wembley sekaligus menebus kekalahan kepada Jerman pada perlawanan tahun 1996 di gelanggang sama. Separuh masa pertama memperlihatkan kedua-dua pasukan bermain secara berhati-hati. Namun suasana permainan rancak separuh masa kedua. Pertahanan Jerman mulai longgar dan England terus menggasak. Gerakan yang dicetuskan pemain penyerang, Raheem Sterling di hadapan kawasan D membuahkan hasil setelah Harry Maguire membuat hantaran kepada Sterling yang kemudian merembat terus ke kiri pintu gol Jerman pada minit 75. Jerman terus menggandakan gerakan namun menemui kegagalan menghasilkan gol…. Read More

Euro 2020: Czech kalahkan Belanda, Belgium mara suku akhir

Republik Czech membuat kejutan menewaskan Belanda pada perlawanan malam tadi dengan keputusan 2-0. Republik Czech mara ke suku akhir. Rekod terbaik Republik Czech dalam kempen Euro semasa edisi tahun 1996 sebagai naib juara. Dua jaringan dihasilkan pada separuh masa kedua setelah kedua-dua pasukan bermain secara berhati-hati pada separuh masa pertama. Pemain pertahanan Czech, Tomas Holes menjaringkan gol pertama minit ke 68. Kemudian pada minit ke 80 Republik Czech mendahului 2-0 melalui jaringan penyerang kelab Bayer Leverkusen, Patrick Schick. Menanti mereka dalam perlawanan suku akhir nanti adalah Denmark. Pasukan jiran Belanda, Belgium pula… Read More

Euro 2020: Itali ke suku akhir

27 Jun 2021: Itali terus mengekalkan rekod kemenangan dan mara ke peringkat suku akhir dengan menewaskan Austria. Perlawanan yang berlarutan hingga ke masa tambahan menampilkan persembahan bermutu tinggi kedua-dua pasukan walaupun 90 minit sebelum itu tidak menghasilkan sebarang jaringan. Saingan sebenar muncul setelah masuk babak masa tambahan apabila Itali menjaringkan gol pada minit 95 melalui pemain gantian Federico Chiesa. Seorang lagi pemain gantian Itali, Matteo Pessina menghasilkan jaringan pada minit 105 untuk meletakkan Itali mendahului 2-0. mengatasi Austria. Serangan bertali arus kedua-dua pasukan semakin rancak dan beberapa percubaan mencetuskan sensasi perlawanan. Austria… Read More

Euro 2020: Denmark lakar kemenangan benam Wales

27 Jun 2021: Denmark melakar kemenangan bergaya mara ke pusingan seterusnya dengan menewaskan Wales melalui jaringan besar 4-0. Perlawanan pertama Pusingan 16 ini dihidangkan dengan aksi-aksi menarik kedua-dua pasukan. Rentak perlawanan juga seimbang dengan Denmark mendepani permainan melalui 53 peratus penguasan berbanding Wales (47%). Penyerang muda Denmark, Kasper Dolberg menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama bagi Denmark mendahului kedudukan 2-0. Dolberg menjaringkan gol mimit ke 27 dan minit 48. Wales terus longgar dalam pertahanan dan mudah ditembusi pada separuh masa kedua. Wales seperti kehilangan arah, setelah Denmark membuka jaringan separuh masa… Read More