Sukan |Ibrahimovic sambung kontrak bersama Milan

ROME: Penyerang veteran, Zlatan Ibrahimovic menandatangani sambungan kontrak setahun bersama AC Milan, umum kelab gergasi Itali itu hari ini. Pemain antarabangsa Sweden itu yang akan berusia 39 tahun pada Oktober, kembali menyertai Milan pada Januari dan akan kekal di San Siro hingga penamat Jun 2021 #BHsukan

Sukan | Esok saingan penutup EPL musim ini

Liga Perdana Inggeris musim ini sangat istimewa buat Liverpool meraih kejuaraan EPL setelah liga berehat sementara akibat wabak Covid-19. Kehebatan The Reds diakui tiap pasukan dalam EPL, sejak awal musim pasukan bimbing J├╝rgen Klopp memperlihatkan kesungguhan memenangi tiap perlawanan dan berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah 20 perlawanan berturut. Esok (26 Julai 2020) menjadi saingan penutup EPL musim 2019/20. Dua pasukan teratas liga iaitu Liverpool dan Manchester City samada menang, seri atau kalah tidak akan mengubah sebarang kedudukan masing-masing. Manakala dua pasukan bawahan liga, Norwich City dan Bournemouth secara matematik sudah pun tersingkir… Read More

Sukan | Jailani Anggap BAM Berani

Oleh Helmi Talkah KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria (gambar) dianggap berani susulan keputusan melantik pakar pengurusan sukan dari Amerika Syarikat (AS), Robert Gambardella sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Akademi Badminton Malaysia (ABM). Legenda badminton negara, Datuk Seri Jalani Sidek, percaya langkah itu mampu mengangkat martabat sukan itu ke satu tahap lagi khususnya membabitkan pengurusan akademi dan kemudahan yang ada. “Sebagai presiden, ini kriteria yang perlu ada dengan berani membuat keputusan yang drastik dan saya percaya Datuk Seri Norza nampak perubahan yang perlu beliau lakukan. Bagi… Read More

Liverpool di ambang juara

LIVERPOOL: Liverpool semakin hampir untuk meraikan kejayaan muncul juara Liga Perdana Inggeris buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun selepas melakar kemenangan 4-0 ke atas Crystal Palace dalam aksi tertutup di Anfield, awal pagi tadi. Skuad bimbingan Jurgen Klopp akan ditabalkan sebagai juara jika Manchester City gagal menewaskan Chelsea, awal pagi esok atau mencatat keputusan seri apabila mereka bertemu City 2 Julai depan. Trent Alexander-Arnold, Mohamed Salah, Fabinho dan Sadio Mane masing-masing meledak satu gol buat The Reds dengan pasukan itu ketika ini berkelebihan 23 mata di tangga teratas liga. “Bayangkan jika… Read More