Covid-19: Zuraida Kamaruddin sumbang keperluan Hospital Ampang

12 Jun 2021, AMPANG: Parlimen Ampang meneruskan usaha kebajikan tanpa sempadan melalui sumbangan barangan keperluan kepada Hospital Ampang berikutan peningkatan mendadak pesakit Covid-19. Sumbangan atas inisiatif oleh Ahli Parlimen Ampang merangkap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin itu penting untuk gerak kerja petugas barisan hadapan disamping kelancaran khidmat Hospital Ampang berkaitan Covid-19. Zuraida telah turun melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Kampung Ampang Indah, Ampang sebelah pagi. Beliau turut singgah ke Hospital Ampang bagi meninjau situasi semasa dan penyampaian sumbangan tersebut. Sejumlah 80 kipas, 30 penghawa dingin… Read More