Tak guna tong sampah punca longgokan sampah

Johor Bahru: Tindakan penduduk di dua kampung setinggan yang tidak menggunakan kemudahan tong sampah dengan baik menjadi punca longgokan sampah di Jalan Persiaran Bumi Hijau Pandan di sini. Pengarah SWCorp Negeri Johor, Cairul Hisham Jalaluddin berkata, perkampungan berkenaan adalah Kampung Ponderosa dan Kampung Melayu Pandan. Menurutnya, SWCorp menerusi syarikat konsesi yang dilantik iaitu SWM Environment Sdn Bhd sudah menyediakan kemudahan tong sampah berserta perkhidmatan kutipan sampah di kawasan berkenaan dan kampung. “Ia termasuk dua unit tong bersaiz 1100 liter disediakan di Jalan Persiaran Bumi Hijau dengan kekerapan kutipan sebanyak enam kali seminggu…. Read More

Hargai keringat pekerja pembersihan

CYBERJAYA- Pekerjaan dalam kategori 3D (Dirty, Dangerous & Difficult) bukannya mudah kerana pekerja akan sentiasa berdepan keadaan yang kotor, busuk dan bahaya, selain berisiko dijangkiti pelbagai penyakit termasuk Covid-19. Ketika rakyat Malaysia dinasihatkan berada di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, pekerja pembersihan terus berkhidmat untuk masyarakat bagi memastikan persekitaran bersih dan selesa. Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Ismail Mokhtar berkata, pengorbanan wira-wira yang tidak didendang itu perlu diraikan dengan sambutan Hari Pekerja Pembersihan pada 17 Jun setiap tahun. Menurutnya, ungkapan ‘Keringat Teringat-Ingat’ yang dipilih sebagai tema Hari Pekerja Pembersihan 2021… Read More

Didik masyarakat hargai makanan dan elak pembaziran

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meneruskan pelaksanaan Kempen Hargai Makanan, Elak Pembaziran pada tahun ini untuk terus mengurangkan pembaziran makanan di tapak pelupusan sampah. Kempen yang masuk tahun keenam itu digerakkan bagi mengelakkan kesan pencemaran dan pemanasan global. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ismail Abd Muttalib berkata, lambakan sisa makanan di tapak pelupusan menyumbang kepada pencemaran alam sekitar serta pemanasan global akibat pembebasan gas metana yang terhasil daripada penguraian sisa makanan. “Gas metana atau gas rumah hijau membawa kesan ke… Read More

Pemerkasaan program kebersihan melalui kerjasama SWCorp-PKN Wilayah Persekutuan

26 April 2021, PUTRAJAYA: Usaha mewujudkan platform kerjasama antara agensi kerajaan dengan badan bukan kerajaan (NGO) terus diperkasa apabila Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) Wilayah Persekutuan petang ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Penggerak Komuniti Negara (PKN) Wilayah Persekutuan di Hotel Dorsett, Putrajaya. Majlis MoU kerjasama tersebut disaksikan Pengerusi SWCorp, YB Dr Daroyah Alwi bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Ismail Mokhtar. Ia merupakan usaha pemerkasaan program mahupun kempen berkaitan kebersihan dan amalan 3R di bawah Dasar Kebersihan Negara ke arah mewujudkan Malaysia yang bersih, indah dan sejahtera. Besar harapan… Read More