2 lagi suspek kes pecah pejabat kurier ditahan

ALOR SETAR: Polis Kedah berjaya menahan dua lagi suspek disyaki terbabit melarikan peti besi mengandungi wang tunai hampir setengah juta di sebuah pejabat syarikat kurier di sini, Rabu lalu. Dua suspek masing-masing berusia 23 dan 28 tahun itu ditahan kira-kira jam 2.30 pagi tadi, dalam operasi khas dilancarkan Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah sekitar bandar raya ini. Sumber berkata, sehingga kini lapan suspek termasuk tiga anggota polis iaitu seorang berpangkat sarjan dan dua koperal yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar sudah ditahan. “Dua suspek… Read More