Komuniti |Tabika Perpaduan Kg Kuantan Terima Sumbangan RM5,000

Tabika Perpaduan Kampung Kuantan langkah kanan apabila menerima sumbangan RM5,000 oleh Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin. Cek sumbangan telah disampaikan oleh Puan Shoba Selvarajoo, Penyelaras Penggerak Komuniti Negara Parlimen Kuala Selangor. Sumbangan tersebut untuk kerja membaikpulih tabika. Menurut Puan Shoba Selvarajoo ini adalah sumbangan kali pertama yang diterima oleh Tabika Perpaduan Kampung Kuantan sejak dibuka pada tahun 2003. _PPI