Kenapa pelan penstrukturan tak termasuk dalam terma RCI Tabung Haji?

Bekas menteri agama Mujahid Yusof mempersoalkan mengenai pelan penstrukturan semula Lembaga Tabung Haji (TH) tidak termasuk dalam terma suruhanjaya siasatan diraja (RCI) yang akan ditubuhkan. Bagaimanapun katanya, dia bersedia dipanggil untuk memberi keterangan kepada RCI yang akan ditubuhkan nanti. “Sejak awal lagi saya menyokong RCI dibuat tetapi anggotanya perlulah terdiri dari pakar yang berkelayakan. “Saya juga hairan kenapa pelan penstrukturan Semula tidak termasuk dalam terma rujukan RCI sedangkan pelan tersebut dirangka berpandukan kepada rumusan dapatan dari firma audit yang disebutkan. “Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa RCI TH perlu telus dan profesional… Read More