Tabung Rayuan Palestin berjaya kumpul RM700,000

9 Julai 2021, PUTRAJAYA: Tabung Rayuan Palestin yang dilancarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 28 Mei lalu telah berjaya mengumpul sejumlah RM700,000. Menterinya, YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin melalui kenyataan rasmi hari ini menyebut sejumlah RM185,000 telah disumbangkan oleh Pertubuhan Penggerak Komuniti Negara (PKN)┬ádan RM515,000 dari seluruh warga KPKT termasuk PR1MA, SWCorp dan SPNB. “Tabung Rayuan Palestin ini dilancarkan adalah sebagai tanda solidariti keprihatinan rakyat Malaysia khususnya warga KPKT terhadap penderitaan, kesengsaraan dan kekejaman yang dihadapi oleh rakyat Palestin pada ketika ini,” kata Zuraida. Menurut Zuraida, keseluruhan jumlah sumbangan… Read More

PKN teruskan kutipan dana Tabung Rayuan Palestin

8 Jun 2021, PUTRAJAYA: Selepas pelancaran Tabung Rayuan Palestin peringkat KPKT pada 28 Mei lalu dan seterusnya dilanjutkan ke peringkat nasional melalui usahasama NGO Penggerak Komuniti Negara seluruh negara, orang ramai boleh menyalurkan sumbangan derma terus melalui akaun bank khas untuk tabung ini. Solidariti rakyat melalui sumbangan derma kepada rakyat Palestin boleh disalur atau secara online atas nama Tabung Rayuan Palestin, ke akaun berikut; Bank Simpanan Nasional (BSN) Nombor akaun: 14125 41 1000294 17 Setiausaha Politik kepada Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Hizwan Ahmad hari ini ke Bank Simpanan Nasional, Cawangan Utama… Read More

“Sumbangan sebagai kepedulian kita untuk Palestin-Zuraida

28 Mei 2021, PUTRAJAYA: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin dalam kenyataan rasmi hari ini telah menyeru semua rakyat Malaysia bersama-sama menyumbang kepada Tabung Rayuan Palestin sebagai tanda kepedulian, keprihatinan dan solidariti untuk Palestin. “Hari ini saya bersama beberapa jabatan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Pertubuhan Penggerak Komuniti Negara Malaysia dan COMWEL berasa terpanggil untuk melakukan sesuatu bagi menunjukkan solidariti kita semua bersama rakyat Palestin.” kata beliau. Datuk Hajah Zuraida turut percaya seluruh rakyat Malaysia berkongsi perasaan dan jiwa yang sama dalam isu Palestin. Menurut beliau… Read More