Kerajaan PN kekal dapat sokongan majoriti Ahli Parlimen

KUALA LUMPUR, 29 JULAI : Kerajaan Perikatan Nasional masih mendapat sokongan majoriti, iaitu melebihi 110 ahli Parlimen di Dewan Rakyat. Perkara itu disampaikan oleh Ketua WHIP Kerajaan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan media sebentar tadi. “Saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan masih mendapat sokongan melebihi 110 ahli-ahli Parlimen yang masih bersama-sama Kerajaan pada hari ini. “Justeru, saya harap rakyat bertenang di dalam menghadapi situasi terkini dan sama-sama kita berdoa agar kemelut politik ini berakhir dengan segera,” katanya. Tengah hari tadi, negara dikejutkan apabila KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menzahirkan… Read More

Individu lengkap vaksin dapat kelonggaran tertentu – PM

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan individu yang lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 akan memperoleh ‘keistimewaan’ melalui beberapa kelonggaran tertentu yang boleh diberikan kepada mereka. Beliau berkata, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) diminta untuk mempertimbangkan pergerakan individu lengkap divaksinasi dengan memberi kelonggaran dari segi perjalanan, pergi ke kedai atau makan di restoran. “Ini untuk menunjukkan bahawa sementara kerajaan menguruskan Covid-19, kehidupan rakyat sedikit demi sedikit akan kembali semula seperti masa lepas. “Ini merupakan inisiatif kedepan dan tempoh jangka masa ikut Pelan Pemulihan Negara (PPN)… Read More

Muhyiddin akan umum diskaun 3 bulan bil elektrik bersasar

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju memberikan diskaun bil elektrik secara bersasar kepada pengguna domestik dan bukan domestik di Semenanjung serta Sabah mulai bulan depan hingga September ini. Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Shamsul Anuar Nasarah berkata, kadar potongan itu akan diumumkan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin. Katanya, ia adalah tambahan kepada pengekalan tarif elektrik untuk semua pengguna domestik dan industri di Semenanjung serta Sabah, selain rebat sebanyak 2 sen/kWj bagi semua pemilik akaun Tenaga Nasional Berhad (TNB) sehingga akhir tahun ini. Beliau berkata, pemberian rebat tambahan dua sen itu membabitkan peruntukan berjumlah RM493 juta melalui… Read More

Pakej bantuan ekonomi lebih besar

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengumumkan satu lagi pakej bantuan ekonomi tidak lama lagi, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin. Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), berkata pakej berkenaan akan diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.null “Selain pengumuman Pelan Pemulihan Negara, saya percaya Perdana Menteri akan membuat pengumuman tidak lama lagi mengenai pakej bantuan ekonomi yang besar, ia tidak lama lagi.null “Saya tidak mahu membuat kenyataan awal mengenai pengumuman itu,” katanya. Beliau berkata demikian pada sesi libat urus bersama Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM),… Read More