Perikatan Nasional umum pelantikan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri-negeri

Perikatan Nasional memperkukuhkan organisasi dengan pelantikan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Perikatan Nasional peringkat negeri. YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd. Yassin, Pengerusi Parti Perikatan Nasional, selepas bermesyuarat bersama Majlis Tertinggi (MT), bersetuju untuk melantik Pengerusi-pengerusi Badan Perhubungan Negeri (BPN) Parti Perikatan Nasional seperti berikut: Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Johor:YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Terengganu:YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Selangor:YB Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Kelantan:YAB Dato’ Hj. Ahmad bin… Read More

Putrajaya UMNO supports Muhyiddin – Ku Nan

PUTRAJAYA, Jan 3 — Putrajaya UMNO division today took the stance to support Tan Sri Muhyiddin Yassin leadership as Prime Minister, despite calls by the party not to cooperate with Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Its chief Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor said the division has also urged all UMNO MPs to continue working with Perikatan Nasional(PN). “Nothing has been said about not backing Muhyiddin’s leadership and so forth because I, for one, know that it was us who wanted Muhyiddin to be the Prime Minister and UMNO should support him… Read More

PM: Lima keutamaan strategi bersepadu pemulihan negara pasca-COVID-19

KUALA LUMPUR, 31 Dis — Kerajaan menggariskan lima keutamaan pada 2021 dalam satu strategi bersepadu pemulihan negara pasca-COVID-19 bagi memulihkan situasi di Malaysia sebaik dan secepat mungkin, kata Perdana Menteri hari ini. Memperincikan perkara tersebut, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keutamaan pertama adalah mempertingkatkan tahap kesihatan awam melalui perolehan bekalan vaksin COVID-19 dan melancarkan program vaksinasi di seluruh negara. “Kedua, memperkukuh ekonomi prihatin rakyat serta memacu pertumbuhan ekonomi negara pasca-COVID-19 melalui pelaksanaan Belanjawan 2021 dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12). “Ketiga memastikan kestabilan politik dan kerajaan termasuk tadbir urus yang baik sebagai asas… Read More

Pengerusi Penggerak Pahang bersama 300 ahli sertai Bersatu Kuantan

13 Disember, KUANTAN: Hari ini, Pengerusi Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Pahang, Zakaria Abdul Hamid bersama 300 anggota PKN Kuantan telah mengumumkan penyertaan ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau Bersatu, Bahagian Kuantan, Negeri Pahang Darul Makmur. Penyerahan borang keahlian telah diterima Mohd Hafeez Yunus, Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Kuantan hari ini. Zakaria akan mengetuai Biro Kebajikan Rakyat, Kebudayaan dan Kesenian; serta akan menggerakkan aktiviti persiapan pilihanraya di cawangan Medan Tok Sira dalam Bahagian Kuantan berkenaan. Penyertaan Zakaria akan disusuli dengan penyertaan anggota PKN seluruh Pahang yang dianggarkan seramai 3,500 orang… Read More