Penggerak Jelebu Raikan Sambutan Krismas Orang Asal Kampung Sungai Sampo

25 Disember, AIR HITAM: Sambutan Krismas oleh masyarakat Orang Asal Kampung Sungai Sampo di Air Hitam, Jempol diraikan oleh Penggerak Komuniti Negara Parlimen Jelebu. Majlis sambutan dikendalikan bersama oleh masyarakat kampung dengan AJK Penggerak Jelebu, Puan Zarinah Krishnan. Pengerusi Penggerak Jelebu, Tang Jayson dan Ketua Pemuda Negara Parlimen Jelebu, Faizal Fadli Idrus antara tetamu utama yang hadir turut menyampaikan sumbangan barangan dapur kepada 26 keluarga Orang Asal bagi menyambut Hari Krismas serta jamuan ringan. Sambutan Krismas oleh masyarakat Orang Asal merupakan suatu keunikan komuniti yang diadakan mengikut budaya setempat.
Lagi 40 ahli Cina Penggerak Seremban sertai Bersatu

5 Disember, SEREMBAN: Hari ini Naib Pengerusi Penggerak Seremban, A.K Chin telah menyerahkan 40 borang permohonan keahlian Bersatu kepada Setiausaha Penggerak Negeri Sembilan, Tang Jayson. Turut hadir semasa serahan borang-borang permohonan tersebut adalah Pengerusi Penggerak Seremban, Siti Fatimah Amir. Seramai 40 ahli Penggerak Seremban kaum Cina dan India dari Temiang telah mengisi borang-borang permohonan keahlian Bersatu. PPI
100 Ahli Penggerak Tampin Sertai Bersatu

2 Disember, GEMENCHEH: Penggerak Tampin hari ini telah menyerahkan 100 borang permohonan keahlian menyertai Bersatu. Pengerusi Penggerak Tampin, Haji Baharuddin Arif Bin Hj Siri menyampaikan borang-borang tersebut kepada Pengerusi Penggerak Negeri Sembilan, Nazree Yunus untuk diserahkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan Bersatu Negeri Sembilan, YB Dato Eddin Syazlee pada satu majlis yang akan dimaklumkan kemudian. Ini adalah sebahagian daripada pengisian Jelajah Penggerak Negeri Sembilan disamping mengadakan perbincangan melibatkan beberapa perkara berkaitan halatuju PN, PKN, PeKT dan kemasukan keahlian PPBM (Bersatu) dengan Penggerak Tampin. Barisan kepimpinanan Penggerak, NOW, Pemuda Negara dan Wanita Muda Malaysia… Read More