Bomba jalankan operasi sanitasi pasar awam di Port Dickson

30 Mei 2021, PORT DICKSON: Berikutan peningkatan kes positif harian Covid-19 secara mendadak khususnya di Daerah Port Dickson, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah menjalankan operasi sanitasi di kawasan-kawasan berisiko tinggi. Operasi Sanitasi Awam yang dijalankan pada 29 dan 30 Mei lalu melibatkan Balai Bomba Port Dickson dan Balai Bomba Teluk Kemang yang dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela dan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD). Gerakan sanitasi nyah cemar, disinfeksi dan sanitasi awam pada 29 Mei bertumpu di dua lokasi berisiko iaitu Pasar Awam Pasir Panjang dan Pasar Awam Port Dickson. Manakala… Read More

PKN Port Dickson seru masyarakat lebih kuat & prihatin melawan Covid-19

30 Mei 2021, LINGGI: Pengerusi Penggerak Komuniti Negara (PKN) Port Dickson, Rosman Jonet menyeru seluruh masyarakat khususnya di Daerah Port Dickson prihatin dan berdaya lebih kuat untuk melawan wabak Covid-19. “Saya mohon setiap masyarakat perbaiki urusan, saling tolong menolong dan tumpukan seluruh kekuatan serta jadilah warga yang prihatin, elakkan jangkitan Covid-19.” kata beliau semasa turun meninjau operasi sanitasi awam bomba di Pasar Awam Linggi. Operasi Sanitasi Awam di Pasar Awam Linggi dan Pasar Awam Teluk Kemang telah dijalankan oleh JBPM berikutan peningkatan mendadak kes positif harian dicatat di Daerah Port Dickson yang… Read More