Kluster baharu COVID-19: Thailand tutup tapak binaan, tempat tinggal pekerja

THAILAND pada Ahad mengumumkan sekatan baharu yang berpusat di ibu kota Bangkok dalam usaha memerangi wabak COVID-19.Sekatan terbaru itu akan dilaksanakan selama 30 hari bermula Isnin (28 Jun). Ia merangkumi antaranya larangan makan di restoran, pusat membeli-belah ditutup pada 9 malam, pesta dan perayaan serta aktiviti melibatkan perhimpunan lebih 20 orang turut tidak dibenarkan. Termasuk juga dalam sekatan, arahan penutupan tapak pembinaan dan tempat tinggal pekerja binaan, bagi membendung penularan kluster baharu. Arahan itu menyusul selepas lebih banyak kluster baharu muncul daripada tapak pembinaan di ibu negara itu, yang mempunyai 575 tapak… Read More

Harimau Malaya kembali mengaum

HARIMAU Malaya akhirnya merasai nikmat kemenangan apabila berjaya menewaskan Thailand 1-0 dalam aksi kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Al Maktoum, Dubai pada awal pagi Rabu. Ia sekali gus menamatkan badi kekalahan buat pasukan kendalian Tan Cheng Hoe itu yang sebelum ini tewas dua perlawanan berturut-turut kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Vietnam baru-baru ini. Kemenangan itu juga menyaksikan skuad negara berjaya mara ke pusingan akhir kelayakan Piala Asia selepas mengakhiri kempen kali ini di kedudukan ketiga Kumpulan G. Dalam perlawanan itu, Cheng Hoe melakukan beberapa pertukaran dalam kesebelasan… Read More