Tiada Akuan Bersumpah, Muhyiddin Kekal PM

8 JULAI: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih lagi mempunyai sokongan dan kepercayaan daripada majoriti ahli-ahli Parlimen selagi perkara itu masih tiada bukti yang kukuh. Justeru, Pakar Perlembagaan, Prof Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata UMNO perlu mendapatkan akuan bersumpah (SD) dari setiap ahli Parlimen bahawa mereka telah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri. “UMNO yang mengumumkan menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin dan mendesak beliau berundur, perlu mendapatkan SD dari setiap ahli Parlimen bahawa mereka telah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri. “Akuan bersumpah tersebut perlu sampai kepada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu… Read More