Bilik fail terbakar tiada unsur sabotaj-Ketua Polis Pahang

KUANTAN – Kebakaran melibatkan bilik fail di tingkat tiga bangunan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) pada petang Ahad tiada kaitan unsur sabotaj sebaliknya dipercayai akibat litar pintas. Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, bagaimanapun pihaknya menubuhkan pasukan dalaman melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah dan Pembangunan Logistik untuk menyiasat lebih terperinci terhadap kejadian itu. “Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang andaian berhubung kejadian bagi mengelak timbulnya persepsi negatif. “Berdasarkan laporan awal pihak bomba, kebakaran mungkin berpunca akibat litar pintas. Pihak kami sedang menunggu hasil siasatan lanjut berhubung punca sebenar kejadian,” katanya… Read More