Pengisytiharan darurat tidak berlawanan prinsip demokrasi negara

KUALA LUMPUR, 13 Jan — Pengisytiharan darurat yang dilakukan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, sama sekali tidak berlawanan dengan prinsip demokrasi negara, malahan perkara itu jelas termaktub di dalam Perkara 150 (1) Perlembagaan Persekutuan. Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar berkata, isi kandungan Perlembagaan itu jelas memperuntukkan, adalah menjadi satu keperluan untuk pengisytiharan darurat berkenaan dilakukan sekiranya aspek keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam, terkesan ataupun terancam. Menurutnya, pengisytiharan darurat itu hanya bermatlamatkan satu perkara iaitu, membendung dan mengurangkan penularan wabak pandemik COVID-19. ‚ÄúPengisytiharan darurat ini juga akan memastikan kerajaan dapat… Read More