Jenayah |Kes bunuh pensyarah selesai, motif dikenal pasti – Polis

SEPANG, 4 Ogos — Kes bunuh seorang pensyarah universiti tempatan yang mayatnya ditemukan di dalam sebuah kereta di pinggir tasik PKNS Pinggiran Cyberjaya pada awal Khamis lepas dianggap selesai. Ketika memaklumkan perkara itu kepada pemberita di sini hari ini, Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata ini kerana motif pembunuhan telah dikenal pasti. Bagaimanapun siasatan termasuk mencari bukti yang boleh disabitkan dengan perbuatan tetap diteruskan, katanya ketika ditanya mengenai penugasan Pasukan Polis Marin di kawasan tasik Taman Putra Perdana di Puchong. Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah KLIA di sini…. Read More