UMNO kekal sokong Perikatan Nasional, tolak kerjasama dengan Anwar & DAP

26 Oktober KUALA LUMPUR – Setelah hampir empat jam bermesyuarat, Majlis Kerja Tertinggi UMNO memutuskan untuk kekal menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN). Hasil mesyuarat itu juga mengekalkan pendirian parti untuk menolak kerjasama dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Parti DAP.