Arab Saudi cadang mekanisme baharu visa umrah

Riyadh: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bercadang melaksanakan mekanismne baharu untuk pembelian pakej umrah dan mengeluarkan visa masuk bagi mereka yang datang dari luar negara. Saudi Gazette melaporkan, mekanisme itu membolehkan setiap calon jemaah asing mendapat visa umrah tunggal yang dikeluarkan secara dalam talian. Di bawah mekanisme pertama, visa umrah akan dikeluarkan melalui pengendali atau majikan untuk 25 orang atau lebih jemaah haji. la akan dilakukan selepas menandatangani kontrak antara penyedia perkhidmatan umrah antara kerajaan dan ejen pelancongan berlesen mereka di negara masing-masing. Mekanisme kedua adalah berdasarkan urus niaga antara pengendali… Read More