KPKT sedia timbang kaji undang-undang penjualan arak

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedia menimbang cadangan bagi mengkaji semula undang-undang melibatkan penjualan arak berikutan semakin banyak kemalangan jalan raya berlaku membabitkan pemandu mabuk akhir-akhir ini. Menterinya, Zuraida Kamaruddin, berkata sebarang keputusan berkaitan undang-undang melibatkan penjualan arak perlu dibuat secara teliti kerana ia melibatkan jangka masa panjang dan tidak boleh dilakukan secara ad hoc. “Bidang kuasa panduan ia termasuk dalam bidang PBT (pihak berkuasa tempatan) juga, kita kena melihat statistik (secara keseluruhan) melibatkan kemalangan (jalan raya) disebabkan oleh arak ini. “Kami tidak boleh membuta tuli membuat satu undang-undang berdasarkan ad… Read More