Dinamik politik Malaysia kembali diuji

Anjakan politik Malaysia selepas PRU-14 yang berlangsung pada 9 Mei 2018 lepas adalah sangat dinamik berbanding pada 8 Mac 2008. Setelah 22 bulan berkuasa, Pakatan Harapan tumbang pada 26 Febuari 2020, tahun ‘wawasan’ yang menjadi garisan baru medan siasah negara. Pemikiran biasa dan tak memahami seni politik akan mentakrifkan situasi politik Malaysia sebagai kucar-kacir. Namun buat ‘penganut-penganut’ seni politik, ia adalah suatu keadaan dinamik yang menganjak bentuk politik negara dalam seni permainan lebih progresif dan pantas. Secara kebetulan, bekas kepala-kepala Team Wawasan (Mahathir, Anwar, Najib, Muhyiddin, Zahid) masih terlibat dalam permainan politik… Read More

Politik | Senarai Ketua Menteri Sabah

Sabah mempunyai 16 orang Ketua Menteri sejak tahun 1963. Ia menjadi negeri dalam Malaysia yang mempunyai penjawat ketua badan eksekutif paling ramai berbanding negeri-negeri lain. Kepelbagaian rentak politik Sabah mempengaruhi pelantikan Ketua Menteri yang mewarnai politik tanahair. Jika dipecahkan mengikut kaum (Bumiputera Islam-KDM-Cina), tiga wakil rakyat KDM pernah menjawat KM Sabah iaitu;1. Tun Fuad/Donald Stephen (UPKO/ Berjaya)2. Joseph Pairin Kitingan (PBS)3. Bernard Giluk Dompok (Parti Demokratik Sabah) Manakala tiga wakil rakyat Cina yang pernah menjawat KM pula adalah;1. Peter Lo Su Yin (SCA)2. Yong Teck Lee (SAPP)3. Chong Kah Kiat (LDP) Sembilan… Read More

Rencana | PRN Sabah: Lapangan Ujian Politik

Tahun 2020 kelihatan lebih mencapai ‘kemajuan’ politik yang jauh memadamkan nostalgia Wawasan 2020, ia sekadar menjadi impian kemajuan negara Malaysia yang telah dicetuskan oleh Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1991. Awal tahun 2020 iaitu pada 29 Febuari, politik negara beralih ke titik anjakan luarbiasa yang menambah dinamik corak siasah Malaysia Pakatan Harapan ditumbangkan, Perikatan Nasional didirikan menjadi pemerintah kerajaan Persekutuan. Penghujung bulan Julai, Dewan Undangan Negeri Sabah dibubarkan dan dilangsungkan pilihan raya mengejut (snap election) pada 26 September 2020. PRN Sabah menjadi lapangan ujikaji politik. Dinamika siasah sedang berlaku di Sabah. Tiga… Read More

Politik |PRN Sabah: UPKO tanding 12 kerusi, kemuka 10 muka baru

UPKO yang menjadi sekutu kuat kepada Parti Warisan Sabah bakal bertanding di 12 kerusi dun. Parti ini juga antara empat parti yang membentuk gabungan Warisan PLUS selain Warisan, DAP dan Amanah. Calon UPKO diketuai oleh Presiden UPKO, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N15 Kiulu. Diikuti dengan Naib-naib Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick kekal bertanding (N11 Kadamaian) dan Datuk Dr Lucas Umbul (N43 Kemabong). Turut dicalonkan adalah Setiausaha Agung Nelson W. Angang (N 33 Kuala Penyu); Bendahari Agung Datuk Dr Laurentius Nayan Ambu (N 39… Read More