Pemerkasaan program kebersihan melalui kerjasama SWCorp-PKN Wilayah Persekutuan

26 April 2021, PUTRAJAYA: Usaha mewujudkan platform kerjasama antara agensi kerajaan dengan badan bukan kerajaan (NGO) terus diperkasa apabila Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) Wilayah Persekutuan petang ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Penggerak Komuniti Negara (PKN) Wilayah Persekutuan di Hotel Dorsett, Putrajaya. Majlis MoU kerjasama tersebut disaksikan Pengerusi SWCorp, YB Dr Daroyah Alwi bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Ismail Mokhtar. Ia merupakan usaha pemerkasaan program mahupun kempen berkaitan kebersihan dan amalan 3R di bawah Dasar Kebersihan Negara ke arah mewujudkan Malaysia yang bersih, indah dan sejahtera. Besar harapan… Read More