Lebih 14 juta dos vaksin diberi kerajaan sejak Februari

KUALA LUMPUR, 18 JULAI : Sebanyak 14,002,324 dos vaksin telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sejak Februari lalu. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba melalui perkongsian infografik di Twitter hari ini memaklumkan, seramai 9,570,974 individu telah menerima dos pertama manakala 4,431,350 telah lengkap dengan dos kedua. Perkembangan positif ini dijangka bakal merealisasikan sasaran Kerajaan Persekutuan untuk mencapai 80 peratus penduduk menerima vaksin menjelang Oktober. – PPI