‘Saya tak nak vaksin duduk dalam peti sejuk beku’ – KJ

TANJONG KARANG: Setiap kerajaan negeri diingatkan mencari jalan untuk meningkatkan kapasiti penggunaan vaksin COVID-19 sehingga 90 peratus dan ke atas bermula 1 Julai ini. Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, ia susulan lebih banyak vaksin akan tiba dan dihantar ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pada Julai ini. Katanya, kerajaan juga bercadang membuka lebih banyak PPV di setiap daerah di seluruh negara pada bulan berkenaan. “Kita tiada pilihan, vaksin tiba lebih banyak pada Julai ini. Saya tak nak vaksin itu ‘duduk’ dalam peti sejuk beku. “Sekiranya tiada pembukaan PPV,… Read More

Persiapan akhir menjelang ketibaan bekalan vaksin Ahad ini berjalan lancar – KKM

KUALA LUMPUR, 18 Feb — Persiapan akhir bagi menerima bekalan pertama vaksin COVID-19 dari syarikat farmaseutikal Pfizer-BioNTech pada Ahad ini berjalan lancar, kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Datuk Dr Hishamshah Mohd Ibrahim. Beliau berkata persiapan rapi termasuk sesi latihan yang dilaksanakan sebelum ini, merangkumi proses penghantaran vaksin ke fasiliti penyimpanan dan ke negeri lain juga berjalan lancar, malah petugas kesihatan terlibat dalam prosedur suntikan turut diberikan latihan secukupnya. “Melalui dryrun (latihan) ini, kita dapat kenal pasti masalah yang dihadapi dan penyelesaiannya, maka pada hari ketibaan vaksin itu nanti,… Read More