Khairy ingatkan Selangor tingkat penggunaan vaksin, akui negeri itu lembab berbanding negeri lain

Selangor belum menggunakan sepenuhnya bekalan vaksin yang dibekalkan Putrajaya kepada negeri itu, kata Khairy Jamaluddin, menjawab dakwaan kerajaan persekutuan melengahkan dos vaksin Covid-19. Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata hanya Selangor sahaja yang masih berada di tahap bawah 80% dalam penggunaan vaksin ketika ini. Beliau turut menafikan dakwaan Exco Kesihatan Selangot Dr Siti Mariah Mahmud kononnya negeri itu tidak menerima dos vaksin yang cukup, mengatakan beberapa jenis vaksin telah dibekalkan berdasarkan kapasiti negeri itu untuk menjalankan pemberian suntikan vaksinasi. Khairy berkata Selangor masih memiliki baki suntikan vaksin dalam simpanan… Read More