Berita Ringkas |COVID-19: Trump umum kontrak keenam vaksin, membabitkan 100 juta dos

WASHINGTON: Presiden Donald Trump semalam mengumumkan kontrak bernilai AS$1.5 bilion (RM6.3 bilion) dengan syarikat bioteknologi Amerika Syarikat (AS) Moderna untuk 100 juta dos vaksin COVID-19, perjanjian keenam yang dicapai sejak Mei. Moderna dengan kerjasama Institut Kesihatan Kebangsaan AS (NIH), sedang melakukan ujian klinikal Tahap 3 terhadap calon vaksin dan pembuatan dos vaksin akan dilakukan semasa percubaan sedang dijalankan. Vaksin, yang dinamakan mRNA-1273, sedang dibangunkan bersama oleh Moderna dan Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan NIH (NIAID), yang diketuai oleh Dr Anthony Fauci. BH ONLINE