Pulang ziarah keluarga, lelaki cetus kluster di Selangor, Kelantan

Putrajaya: Satu kluster komuniti yang dilaporkan hari ini dikesan membabitkan kes indeks yang mempunyai sejarah pulang ke Kelantan dari Selangor pada awal bulan ini. Lampiran yang disertakan dengan kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini menunjukkan Kluster Kampung Bujuk yang dikesan di Pasir Mas dan Petaling itu membabitkan sebuah kawasan perumahan yang terletak di Kampung Bujuk Tok Uban, Pasir Mas. Kes indeks bagi kluster itu dikesan seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Julai lalu hasil saringan individu bergejala. Ringkasan laporan itu… Read More

WHO ramal varian Delta akan dominan

GENEVA: Varian Delta yang setakat ini sudah dikenal pasti di 111 negara, wilayah atau kawasan, berkemungkinan menjadi strain dominan di seluruh dunia, menyebabkan peningkatan kes jangkitan dan kematian baharu, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO) pada Rabu, lapor Xinhua. Pada minggu lalu Afghanistan, Nigeria, dan Ecuador adalah antara 15 negara yang melaporkan kes pertama membabitkan varian yang lebih mudah merebak itu, kata WHO dalam satu kenyataan. Menurut kenyataan itu lagi strain Delta cenderung merebak ke lebih banyak negara dan kemungkinan akan menjadi varian COVID-19 yang dominan “dalam beberapa bulan akan datang.” Berdasarkan… Read More

Varian Delta: Jangkitan Covid-19 akan meningkat melalui bawaan udara – Noor Hisham

KUALA LUMPUR -Jangkitan Covid-19 dijangka terus meningkat melalui bawaan udara, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Menurutnya, kewujudan varian Delta membolehkan peningkatan kes positif kerana varian baharu itu merebak melalui kaedah tersebut. “Kita dimaklumkan Delta Varian sekarang menjadi varian yang dominan, sebelum ini varian Beta yang telah merebak ke seluruh negara dan setiap negeri terkesan denngan penularan ini. “Tetapi varian Delta ini dia merebak dengan cepat sekali. Kalau kita lihat kepada permulaan jangkitan di mana merebaknya jangkitan varian Delta ini RT ialah 5 hingga 8 kalau Wuhan dahulu… Read More