Menteri Russia lawat Turki, bincang isu serantau termasuk Libya

Menteri Luar dan Pertahanan Russia akan mengadakan lawatan ke Turki hari ini, bagi mengadakan mesyuarat berhubung isu serantau, termasuk konflik di Libya.null Mesyuarat oleh Sergei Lavrov dan Sergei Shoigu itu mendapat persetujuan Presiden Vladimir Putin serta rakan sejawatnya dari Turki, Recep Tayyip Erdogan. Sumber diplomatik Turki memberitahu, situasi di negara utara Afrika itu akan menjadi tajuk utama perbincangan dalam mesyuarat di Istanbul nanti. Media Turki juga melaporkan, mesyuarat terbabit turut akan menyentuh mengenai konflik di Syria. Kementerian Luar Russia mengesahkan bahawa lawatan Lavrov dan Shoigu itu adalah bagi merundingkan masalah serantau berasaskan… Read More