Kunjungan hormat perkukuh kerjasama KPKT-Kerajaan Negeri Pahang

22 Februari, KUANTAN: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Menteri Besar Pahang. Delegasi KPKT yang tiba di bangunan SUK Pahang telah disambut oleh Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Pertemuan antara Datuk Hajah Zuraida dengan Datuk Seri Wan Rosdy melibatkan perbincangan beberapa perkara termasuk perancangan pembangunan di Pahang meliputi pembangunan perumahan, pembinaan Balai Bomba, pengurusan sisa pepejal serta peningkatan aktiviti ekonomi setempat. Kunjungan hormat ini adalah sebahagian daripada lawatan kerja Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ke negeri Pahang…. Read More