200 Ahli Bukan Bumiputera Penggerak Port Dickson Sertai Bersatu

8 Disember, PORT DICKSON: Gelombang kemasukan Bukan Bumiputera menyertai Bersatu terus mengombak di Negeri Sembilan. Malam tadi bertempat di Restoran Sea View, Port Dickson Pengerusi Penggerak Port Dickson, Rosman Jonet telah menyerahkan 200 borang keahlian ahli-ahli Bukan Bumiputera Penggerak Port Dickson menyertai Bersatu kepada Pengerusi Penggerak Negeri Sembilan, Nazree Yunus untuk diserahkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan Bersatu Negeri Sembilan, YB Dato’ Eddin Syazlee Shith pada satu majlis yang akan dimaklumkan kemudian. Penyampaian borang-borang tersebut dibuat semasa Majlis Suai Mesra sempena Jelajah Penggerak Negeri Sembilan ke Port Dickson malam tadi. Turut menyaksikan serahan… Read More

Komuniti | Aktiviti Mendaki Erat Hubungan Masyarakat

Aktiviti mendaki bukit kini menjadi kegiatan sosial yang popular di kalangan masyarakat. Sebelum ini, aktiviti mendaki dilihat begitu ‘ekslusif’ yang hanya melibatkan peminat-peminat aktiviti lasak. Senario itu kini sudah berbeza. Ia menjadi aktiviti lasak yang melibatkan masyarakat bukan golongan khusus semata-mata. Selain mendekatkan masyarakat dengan keperihatinan terhadap alam sekitar ia menjadi penghubung mengeratkan pergaulan masyarakat dan organisasi. Wanita Muda Jelebu dan Penggerak Komuniti Negara Parlimen Jelebu telah mengadakan aktiviti mendaki Bukit Batu Sawa di Pertang, Jelebu pada 27 September 2020 lepas. Seramai 50 orang peserta pelbagai lapisan umur terlibat menjayakan aktiviti pendakian… Read More

Mujadid Kepada Negara-Zuraida

22 Ogos, Kuala Lumpur: Penaung NGO Penggerak Komuniti Negara, YB Hajah Zuraida Kamaruddin dalam ucapan bersemangat beliau menegaskan bahawa kumpulan NGO Penggerak, Nation Of Women, Pemuda Negara dan Wanita Muda adalah kumpulan Mujadid kepada negara. “Kelompok yang ada dalam dewan ini adalah kelompok yang membawa pembaharuan, pembersihan, saya hanya ada perkataan yang tepat kepada kamu semua dalam dewan ini iaitu kumpulan MUJADDID kepada negara.” tegas beliau. “Kita harus pilih wadah politik untuk masuk ke gelanggang, membantu Bersatu jadi satu parti komponen terbesar ahli parlimennya.” “Di atas kesepakatan, muafakat, kita setuju bersama-sama dengan… Read More