Tiada lagi suasana umpama ‘Dhaka’ di Jalan Teratai

Klang: Tiada lagi kumpulan warga asing melepak, bersiar-siar atau menunggang basikal dalam jumlah yang ramai di Jalan Teratai, Meru berhampiran kilang sarung tangan Top Glove sebagaimana tular, Rabu lalu. Tinjauan jam 6 petang hingga 7 malam tadi mendapati hanya kumpulan kecil warga asing silih berganti membeli keperluan makanan dari dua lori dan sebuah van di bahu jalan berdepan dengan Taman Bayu berhampiran kilang itu. Rata-rata mereka berjalan atau menaiki basikal dalam jumlah dua hingga tiga orang untuk membeli keperluan daripada peniaga berkenaan. Turut kelihatan beberapa kenderaan polis serta polis bermotosikal meronda di… Read More

Berita Ringkas |Ops Noda-17 Wanita Warga Asing Tawar Khidmat Seks Ditahan

11 Ogos, Kuala Lumpur: Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman, SAC Mohd Zani Che Din berkata 17 wanita warga asing telah ditahan kerana menawarkan perkhidmatan seks. Mereka yang berusia 17 hingga 38 tahun itu ditahan melalui Op Noda dan pemantauan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di tiga premis iaitu di Jalan Klang Lama, Jalan Mega Mendung dan Jalan Kuchai 13, bermula jam 5.50 petang semalam. —BERNAMA

DBKL tutup 127 premis warga asing

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah mengambil tindakan menutup 127 premis yang dikendalikan warga asing di sekitar ibu negara sehingga 7 Jun lalu. Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Khairul Azmir Ahmad berkata, sebanyak 93 premis melibatkan perniagaan kedai baju, pasar mini, kedai perabot, kedai serbaneka, produk jamu dan lain-lain. Menurutnya, turut dikenakan tindakan penutupan 17 restoran, 14 kedai alat telekomunikasi, dua gerai dan kios makanan dan satu pusat cucian kereta. “Kebanyakan premis didapati disewakan warga tempatan iaitu pemilik lesen kepada warga asing. “Bila kita serbu premis, warga asing ini akan beri macam-macam… Read More