Teori Kamal Hatta: PH bakal hancur selagi mendewakan Anwar Ibrahim!

Sedap je Anwar Ibrahim mempertikaikan rakan komponen PH yang lain untuk pelan besar membentuk gabungan baru blok pembangkang dengan Pejuang, Warisan dan PSB. Dakwa dia yang PH telah gagal dalam usaha membanteras rasuah. Itu sebablah rating PH merundum selepas bulan Jun 2019. Halatuju kerajaan yang dipimpin oleh PH waktu itu berada paras 38 peratus tahap keyakinan rakyat. Tapi agak pelik nada Anwar yang terkini. Dia masih jaki dengan Mahathir. Begitu jugak Mahathir yang masih bintat dengan Anwar. Masing-masing saling belaga keting! Aku boleh faham sebab musabab DAP dan PAN termasuk segelintir kepalatus… Read More

Selepas 90 hari umum ‘sokongan majoriti’, Anwar terus dipersenda!

oleh Teropong Undi Mungkin ramai tak sedar dan perasan hari ini (23 Disember) genap 90 hari selepas Anwar Ibrahim mengumumkan beliau mempunyai sokongan yang ‘menyakinkan dan kuat’ pada 23 September lepas, iaitu tiga hari sebelum hari mengundi PRN Sabah. Dakwaan Anwar itu disusuli dengan kenyataan bahawa kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin telah tumbang pada 23 September itu, sehingga kini masih gagal ‘terzahir’ dan Perikatan Nasional makin terkedepan. Setelah Belanjawan 2021 peringkat dasar, perbahasan peringkat jawatankuasa dan bacaan kali ketiga diluluskan oleh Dewan Rakyat, Perikatan Nasional mendapat anjakan moral dan kemenangan politik… Read More

PH gagal lagi, dua belanjawan peringkat jawatankuasa diluluskan

Angka 13 terus menerus menjadi nombor puaka kepada blok pembangkang khususnya PH. Khamis lepas sesudah tamat sesi penggulungan RRU Perbekalan 2021 oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz, undian belah bahagi telah diminta oleh Mahfuz Omar (Pokok Sena-PH). Namun cadangan itu ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat kerana tidak cukup syarat minima sokongan 15 MP. Hanya 13 MP iaitu enam daripada Amanah, Pejuang (4), PKR (1), PSB (1) dan DAP (1). Mereka ini cukup berprinsip berbanding Anwar, Mat Sabu dan Guan Eng. Jelas sekali kenyataan rasmi Anwar yang menyatakan beliau sendiri meminta ketua-ketua whip… Read More

Dinamik politik Malaysia kembali diuji

Anjakan politik Malaysia selepas PRU-14 yang berlangsung pada 9 Mei 2018 lepas adalah sangat dinamik berbanding pada 8 Mac 2008. Setelah 22 bulan berkuasa, Pakatan Harapan tumbang pada 26 Febuari 2020, tahun ‘wawasan’ yang menjadi garisan baru medan siasah negara. Pemikiran biasa dan tak memahami seni politik akan mentakrifkan situasi politik Malaysia sebagai kucar-kacir. Namun buat ‘penganut-penganut’ seni politik, ia adalah suatu keadaan dinamik yang menganjak bentuk politik negara dalam seni permainan lebih progresif dan pantas. Secara kebetulan, bekas kepala-kepala Team Wawasan (Mahathir, Anwar, Najib, Muhyiddin, Zahid) masih terlibat dalam permainan politik… Read More