Musa Aman dakwa raih majoriti mudah bentuk kerajaan baru di Sabah

KOTA KINABALU: Bekas ketua menteri Sabah, Musa Aman hari ini mengumumkan beliau mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baru selepas mendapat sokongan mencukupi daripada Adun negeri itu. Adun itu datang daripada Warisan, PKR, PPBM dan Umno. “Langkah seterusnya ialah menemui gabenor Sabah dan menyerahkan akuan bersumpah daripada Adun kepada beliau,” kata Adun Sungai Sibuga itu pada sidang media di sini. Beberapa minggu ini, timbul spekulasi akan berlaku perubahan dalam kerajaan Sabah pimpinan Warisan, susulan dakwaan 14 hingga 16 Adun yang menyokong gabungan parti pemerintah itu akan bertukar kem. Ini bermakna pembangkang… Read More