Tapak Baru Urus Sisa Pepejal, Tingkat Kualiti Pengurusan.

YBM Hajah Zuraida Kamaruddin hari ini telah hadir ke Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bagi membincangkan hal-hal pembangunan. KPKT telah menyatakan hasrat bagi pembinaan tapak pengurusan sisa pepejal yang menggunakan konsep “Waste To Energy” di Bukit Payong dan Seelong di Johor. Selain itu, satu pembinaan “Waste Park” turut akan dilaksanakan berdekatan Tanjung Langsat dengan keluasan 700 ekar. Pembinaan tapak-tapak ini adalah bertujuan bagi meningkatkan kualiti pengurusan sisa pepejal. _PPI