Wuhan kembali sediakala selepas setahun

PADA 23 Januari 2020, dunia pertama kali menyaksikan langkah lockdown dilaksanakan di Wuhan selepas ibu kota wilayah Hubei di China itu dipercayai menjadi pusat wabak Covid-19. Pada ketika itu, masyarakat antarabangsa turut terkejut dengan sekatan ketat termasuk mewajibkan pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal selama 76 hari yang dikuatkuasakan terhadap kira-kira 11 juta penduduk yang dilakukan dua hari menjelang sambutan Tahun Baru China. Bandar itu ditutup sepenuhnya sehingga Jun 2020 bagi membendung penularan wabak tersebut dan terbukti kaedah lockdown berjaya mendatarkan keluk jangkitan. “Saya rasa Wuhan sudah agak selamat ketika ini berbanding… Read More

Amerika Syarikat sah tarik diri dari WHO

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa mengesahkan Amerika Syarikat (AS) sudah memaklumkan negara itu menarik diri daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lapor agensi berita Xinhua. Perkara itu dimaklumkan kepada Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Isnin. “Sebagai jawapan kepada pertanyaan, saya mengatakan pada 6 Julai 2020, AS sudah memaklumkan kepada setiausaha agung, negara itu menarik diri daripada WHO berkuat kuasa pada 6 Julai 2021,” kata jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric. “AS adalah anggota WHO sejak 21 Jun 1948. Penyertaan AS itu diterima Majlis Kesihatan Sedunia dengan syarat-syarat tertentu ditetapkan AS, yang akhirnya… Read More

Muhyiddin diiktiraf sebagai PM terhebat dunia kawal Covid-19

Malaysia diiktiraf sebagai antara lima negara terbaik di dunia dalam mengawal pandemik koronavirus (Covid-19) dan pengiktirafan yang terhormat diberikan kepada pemimpin tertinggi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, berdasarkan kajian yang dilakukan World Health Organisation (WHO), Tan Sri Muhyiddin mendapat ranking pertama sebagai pemimpin yang paling berjaya kawal Covid-19.  Ini menjadikan Malaysia salah satu negara contoh, iaitu penerimaan rakyat terhadap tindakan kerajaan dalam mengekang wabak berkenaan yang mendapat pengiktirafan dunia dalam satu tinjauan global. “Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berada dalam kedudukan antara lima… Read More