Kuantan dimasyhurkan sebagai bandaraya

21 Februari, KUANTAN: Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) telah dinaiktaraf kepada Majlis Bandaraya dalam Majlis Pemasyhuran yang disempurnakan oleh Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Yang Dipertua MPK, Datuk Hamdan Hussin telah dilantik sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan (MBK). Pelantikan beliau ini menjadikannya sebagai Datuk Bandar MBK yang pertama. Kuantan dinaiktaraf sebagai kawasan perbandaran pada 1 September 1979 dengan penubuhan Majlis Perbandaran Kuantan. Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin sempena pemasyhuran Bandaraya Kuantan, kepesatan proses perbandaran yang berlaku sepanjang… Read More

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan terima penganugerahan gelaran Datuk

1 Februari, KUALA LUMPUR: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin hari ini menerima penganugerahan gelaran Datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan. Beliau telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Pingat Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah berkenan untuk mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan kepada 335 penerima pada 1 Februari 2021 sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021. Tahun ini, seramai enam (6) individu dianugerahi Darjah… Read More

Tahun baharu 2021: Agong, Permasuri doa negara pulih daripada musibah COVID-19

KUALA LUMPUR, 31 Dis — Menzahirkan harapan tahun baharu 2021 akan lebih baik, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berharap vaksin COVID-19 yang bakal diterima kelak akan melandaikan keluk pandemik, sekali gus memutuskan transmisi koronavirus di Malaysia. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut menzahirkan harapan agar rakyat terus cekal dan sabar mengharungi pelbagai ujian ekoran wabak COVID-19 serta berdoa supaya musibah yang melanda pulih. Penularan wabak COVID-19 yang… Read More

Salam Maulidur Rasul daripada YDP Agong

Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong zahir ucapan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada rakyat Malaysia beragama Islam – Istana Negara