Sahkan kerjasama dengan Anwar dalam pemilihan Umno, ahli MT beritahu Zahid

Seorang ahli Majlis Tertinggi Umno menggesa pemilihan disegerakan supaya Ahmad Zahid Hamidi dapat mengubah keputusan parti yang sebelum ini menolak kerjasama dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim. Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Zahidi Zainul Abidin berkata ini kerana presiden parti dan sekutunya masih meneruskan kerjasama dengan Anwar. “Kalau dia ubah keputusan, buatlah pemilihan parti yang mana ahli parti nak. Jika dia kata dia mahu buat jajaran baru jadi kita buat pemilihan parti. Adakah ahli Umno bersetuju atau tidak dan mahu tukar presiden? Jadi itulah jalan yang terbaik,” katanya kepada MalaysiaNow. “Sebelum ini dalam… Read More

Mesyuarat UMNO putus keluar dari kerajaan PN dalam masa 14 hari

KUALA LUMPUR – Biro Politik UMNO yang mengadakan mesyuarat sebentar tadi membuat keputusan akan menarik diri dari kerajaan sekiranya Persidangan Parlimen tidak dipanggil oleh Perdana Menteri dalam masa 14 hari. Dalam masa yang sama biro politik yang dipengerusi oleh Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi juga memutuskan darurat mesti ditamatkan pada 1 Ogos 2021 nanti. Walaupun terdapat perubahan dan penafian mengenai mesyuarat biro politik malam ini, namun salah seorang pemimpin UMNO mengesahkan berlaku mesyuarat secara maya. Pemimpin tersebut juga mengesahkan notis mesyuarat bertukar sebanyak tiga kali. “Notis pertama menjemput mesyuarat secara bersemuka pada… Read More

‘Tak perlu tunggu fasa ketiga, buka Parlimen cepat’

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan ketetapan kerajaan berhubung Parlimen hanya boleh bersidang selepas negara memasuki fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara sebagai tidak masuk akal. Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, Parlimen seharusnya bersidang secepat mungkin sebagai tonggak demokrasi terpenting di Malaysia. “Saya tidak pasti apa kaitan 40 peratus populasi negara ini menerima dua dos suntikan vaksin, baru Parlimen akan dibenarkan bersidang semula iaitu dianggarkan sekitar September atau Oktober tahun ini. “Sedangkan barisan Ahli Parlimen sudah lama menerima suntikan vaksin COVID-19 yang bermakna sidang Parlimen sepatutnya adalah… Read More

Tiada mesyuarat Menteri dengan Zahid, hanya perjumpaan biasa UMNO

KUALA LUMPUR – Walaupun terdapat penafian mesyuarat Menteri dari UMNO bersama Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diadakan pada hari ini namun masih banyak kenderaan mewah, dipercayai milik pemimpin politik, berlegar di sekitar Menara Dato Onn. Lebih menghairankan apabila petugas media tidak dibenarkan berada di lobi Menara Dato Onn sejak jam 3 petang tadi, seolah-olah ada sesuatu yang berlaku di ibu pejabat UMNO pada hari ini. Sumber MalaysiaGazette memberitahu, walaupun tiada mesyuarat seperti mana yang dilaporkan portal Suara TV kira-kira jam 12 tengah hari tadi, namun beberapa pemimpin UMNO dimaklumkan berada di sini. Antaranya Ketua Wanita… Read More