Presiden Umno hilang kredibiliti, tegas Tun Faizal

SHAH ALAM – Presiden UMNO, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah hilang kredibilti selepas percubaan untuk membawa UMNO menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal beberapa kali. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, keputusan parti telah dibuat iaitu ‘no Anwar no DAP’ tetapi timbul isu ‘surat’ dan jajaran politik baharu melibatkan kerjasama DAP dan Anwar. “Di sini orang melihat kepada kredibiliti presiden semula, lebih-lebih lagi ada usaha berulang kali untuk membawa kerjasama dengan Anwar telah ditolak oleh majoriti Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN). “Telah ditolak berkali-kali oleh… Read More

Teori Kamal Hatta: Kluster Mahkamah Umno gila nak PRU15!

Betul tak ada muhasabah diri langsung puak Kluster Mahkamah Umno ni, rupanya Ahmad Maslan dilantik sebagai setiausaha Umno dan BN supaya dia boleh jadi ‘speaker besar’ Zahid-Najib. Sejak naik darjat, dia galak keluar kenyataan gesa bubar parlimen dan segera buat PRU15. Ini memang gila kuasa bai! Tak sedar diri Allah dah beri peluang balik berkuasa selepas 22 bulan jadi pembangkang. Bak kata Hishamuddin Hussein, Umno perlu ambik ikhtibar kekalahan besar PRU14 dulu. Najib pulak kata sejak era Perikatan dan Barisan Nasional, Umno memimpin kerajaan bukannya dipimpin. Ada baghal jugak dia ni! Dah… Read More

Membawang Akhir Zaman (MAZ): Zahid masih ber-mentor-kan Anwar?

Meletup kejap satu negara apabila Annuar Musa mendedahkan wujud surat pimpinan utama Umno yang menyokong Anwar Ibrahim sebagai PM. Lebih gempar, melalui surat tersebut ia terserlah usaha Zahid-Najib mahu menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional. Walaupun sudah menjadi Presiden Umno, Zahid Hamidi masih lagi ‘akur’ dan ‘ikut telunjuk’ Anwar Ibrahim yang merupakan bekas boss Zahid semasa beliau menjadi Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia semasa Anwar dipecat oleh Mahathir pada 2 September 1998 dulu. Tindakan itu dilihat sebagai usaha mengheret Umno terlibat dengan gerakan politik melalui ‘gabungan’ PH-Umno. Soal utamanya, apakah keseluruhan ahli Umno sanggup… Read More

Dinamik politik Malaysia kembali diuji

Anjakan politik Malaysia selepas PRU-14 yang berlangsung pada 9 Mei 2018 lepas adalah sangat dinamik berbanding pada 8 Mac 2008. Setelah 22 bulan berkuasa, Pakatan Harapan tumbang pada 26 Febuari 2020, tahun ‘wawasan’ yang menjadi garisan baru medan siasah negara. Pemikiran biasa dan tak memahami seni politik akan mentakrifkan situasi politik Malaysia sebagai kucar-kacir. Namun buat ‘penganut-penganut’ seni politik, ia adalah suatu keadaan dinamik yang menganjak bentuk politik negara dalam seni permainan lebih progresif dan pantas. Secara kebetulan, bekas kepala-kepala Team Wawasan (Mahathir, Anwar, Najib, Muhyiddin, Zahid) masih terlibat dalam permainan politik… Read More