KPKT & FINAS Bergandingan Tawar Rumah PPR Buat Artis

Lembah Subang, Petaling Jaya: Sesuatu yang amat mengujakan buat 25 artis yang terdiri daripada pelakon, dramatis dan penyanyi apabila menerima surat tawaran kediaman mampu milik. Situasi ini agak janggal kerana tidak pernah berlaku waktu dahulu dalam era BN atau PH. Namun hal ini sudah menjadi kenyataan melalui inisiatif yang dipelopori oleh KPKT dengan kerjasama FINAS kelmarin. Pelakon utama filem ‘Hantu Kak Limah’, Dalimawati Ismail antara yang bertuah menerima surat tawaran kediaman mampu milik PPR yang lengkap dengan perabot. Usaha besar KPKT ini bukan sekadar mengejar populariti tetapi ini adalah komitmen KPKT dan… Read More

Berita Ringkas |Kerajaan Suntik RM7.9 juta Dana Kandungan Digital, Bantu Industri Filem

Sejumlah peruntukan berjumlah RM7.9 juta melalui Dana Kandungan Digital telah diserahkan kepada 37 syarikat. Ini adalah fasa kedua suntikan dana yang dilaksanakan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui FINAS.

Berita Ringkas |Ziarah Kasih Finas: Lagenda Mat Sentol & Biduanita Zaleha Hamid Disantuni

9 Ogos 2020 Program ziarah kasih FINAS Prihatin ke Johor yang diketuai oleh Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid melawat seniman legenda Mat Sentol (berumur 91 tahun) dan biduanita Zaleha Hamid, yang terlantar uzur kerana angin ahmar. Turut serta program ini adalah pihak MAPIM, GISB Holdings dan PKN Johor #KitaJagaKita #FINASPrihatin _PPI

Rencana |Zakaria Abdul Hamid ‘memandu’ Finas ke jalan lurus

Semasa pengumuman rasmi Menteri Komunikasi dan Multimedia, YBM Dato Saifuddin Abdullah pelantikan Pengerusi FINAS yang baru pada 23 Mei 2020 lalu, segelintir penggiat seni dan kumpulan politik membidas kewajaran lantikan Zakaria Abdul Hamid bagi menerajui agensi tersebut. Antara kegusaran dalam kecaman dan bidasan yang dilontarkan lebih kepada ‘keupayaan’ dan ‘kefahaman’ orang politik tentang seni. Mereka khuatir arah tuju FINAS akan hanyut sekiranya ditadbir oleh orang politik. Namun kebanyakan mereka tidak mengenali watak dan sikap Zakaria yang sinonim dipanggil ‘Zak’ oleh rakan-rakan politik. Orangnya bersifat tenang dan sentiasa tersenyum tanpa menyerlahkan sikap ‘angkuh… Read More