NGO tempatan bantu misi bantuan bencana MP Ampang di Pahang

19 Januari, TEMERLOH: Misi bantuan bencana banjir oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin tetap diteruskan walaupun berlaku kesukaran merentas negeri kerana PKP. NGO tempatan, AZRB telah menghantar sumbangan beras YB Hajah Zuraida ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah jam 1:30 tengahari. Turut disumbangkan oleh NGO ini adalah sejumlah 160 helai telekung kepada mangsa banjir terlibat. Kelab Berbasikal Ampang (MCC Ampang) juga turut terlibat dalam misi bantuan bencana banjir ini ke Temerloh, Lanchang dan Raub.

Bomba Malaysia wujud saluran TV Digital, ‘Bomba Channel’

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan mempunyai saluran TV Digital mereka sendiri iaitu ‘Bomba Channel” Saluran Bomba Channel ini akan menjadi satu platform dalam perkongsian segala berita terkini yang berlaku di dalam JBPM. Antara pengisian yang akan dapat ditonton di dalam saluran tersebut ialah berita terkini, info JBPM, perkongsian ilmiah, tips keselamatan, hal ehwal kebajikan, laporan insiden dan banyak lagi. Aplikasi Bomba Channel ini boleh di muat turun di PLAYSTORE dan APPSTORE apabila ianya dilancarkan secara rasmi nanti.

Membawang Akhir Zaman (MAZ): Profesionalisme Zuraida & PRIMA selesai isu Residensi Port Dickson

Hujung tahun 2019 dulu, heboh dan kecoh apabila sekumpulan pembeli projek perumahan PRIMA Residensi Port Dickson membuat aduan kepada media kerana rumah tak siap. Itu hak mereka untuk menyuarakan kegusaran dan permasalahan yang dihadapi apabila melihat rumah idaman yang dibeli ‘terbengkalai’. Kumpulan pembeli ini gigih menyuarakan isu-isu berkaitan melalui pelbagai saluran media dan sosial media. Akibatnya, kemarahan pembeli-pembeli ini tak terbendung sehingga ada yang melontarkan komen berkaitan isu Residensi Port Dickson ini dalam setiap posting Menteri KPKT di sosial media. MAZ tau Hajah Zuraida Kamaruddin seorang yang peka isu-isu begini. Dia takkan… Read More

Peruntukan RM50 Ribu Yayasan Komuniti Negara Tingkat Fasiliti Bomba

12 Januari, HULU SELANGOR: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin hari ini telah mengumumkan peruntukan bagi meningkat fasiliti latihan anggota bomba. Beliau telah meluluskan peruntukan menambah baik fasiliti latihan anggota bomba sejumlah RM50,000 melalui Yayasan Komuniti Negara. “Saya merakamkan penghargaan kepada semua anggota bomba yang sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Semoga terus komited untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan.” kata Hajah Zuraida sempena lawatan kerja rasmi ke Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Tengah di Hulu Selangor. Lawatan kerja rasmi tersebut turut disertai deligasi pengurusan kanan KPKT dan turut dihadiri… Read More